Friday, April 30, 2010

Cuppalova - a cup too much.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Entri pertama untuk blog yang tidak seberapa ini. Seperti biasa, permulaan persahabatan adalah perkenalan (ta'aruf). Saya cuba menjadikan blog ini sesantai mungkin. Tapi mungkin dek kerana kebiasaan saya menggunakan bahasa yang agak 'formal' dan cara penulisan yang agak skema, ia boleh menerbitkan rasa jemu di hati.

Care to comment, sebab saya budak baru belajar...

Baiklah. Kembali kepada ta'aruf. Saya baru berjinak-jinak ingin menjadi seorang blogger. Walaupun mungkin tidak sampai ke peringkat tegar, tetapi sekurang-kurangnya cuba untuk aktif. Blog ini merupakan cetusan minda, lakaran jiwa, letusan emosi dan apa sahaja yang terlintas di fikiran.

Saya mengalu-alukan kunjungan anda semua. Juga sebarang pandangan. Tapi bak kata pepatah, 'yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa', silalah komen dengan penuh empati - kita semua manusia yang punya perasaan. Komen-komen keterlaluan dan penggunaan bahasa yang kesat/tidak senonoh akan saya padamkan.

Ingatlah, rasulullah juga pernah berpesan seandainya tiada perkara baik yang kita boleh tuturkan, adalah lebih baik kita diam. Selamat berkenalan. :)

2 comments:

Nur Azne said...

Waalaikumsalam Jan..

Azne pun budak baru belajar. Jan sendiri ada kata,it never too late! Kan? Bagi Azne, kita perlu menulis untuk self-development. Kalo kita baca, absorb dari sekeliling je tanpa output, so tak de proses. Bila tak de proses, semua input tu to be forgotten lah kan? Jgn takut silap.. Kita tulis je macam kita sendirilah the best reader tu. Kita tulis apa yang nak kita baca? Heh..

The more u express the better u r. Keep it up Jan! Lop u alwaz..

Lagipun, kalo orang dulu2 tak menulis, kita hari ini mana nak dapat faedahnya.. Kan? Buta lah kita tentang sejarah, siapa dan kat tahap mana kita ni kan? Ermm...

lil' world. big heart. said...

thanx dear.. mesti motivated nak buat sesuatu kan? kalau xde motivasi, habis basi! ;)

Post a Comment