Friday, April 30, 2010

"Hari Pengsan" telah berlalu.


Semalam adalah 'Hari Pengsan'. manakan tidak, beberapa kali 'pengsan', sama ada sengaja mahupun 'terpaksa'..

bangun di pagi Khamis seawal jam 1.30pagi utk mula menyiapkan dekorasi tempahan tiramisu, segala-galanya selesai lebih kurang jam 4lebih. mengemas kesan-kesan kerja, jam sudah menunjukkan 4.30 pg, lebih kurang 15 minit sebelum subuh menjelang. pastilah tiada kesempatan untuk melelapkan mata barang sekejap, risau terlajak!

usai solat subuh, bermulalah rutin harian yang memang sibuk, terutamanya di pagi hari. menyiapkan anak ke sekolah & persiapan suami ke pejabat, memasak sarapan & menyediakan bekal. hantar anak-anak ke sekolah, balik ke rumah & membuat kerja2 rumah. jam 9pg menelefon mak (rutin harian akan menelefon mak sekitar jam 7pg melegakan sesak di hati kerana terperangkap dalam kesesakan jalanraya - tapi semalam agak lewat kerana handphone dicaj & ditinggal di rumah). mak berpesan supaya berehat & tidur dahulu. risau keselamatan anaknya ini yang belum tidur sejak jam 1.30pg.

memang malas rasanya hendak berbaring. takut terlelap yang pastinya bukan sekejap. boleh diagak, kerana mata dah tersangat kelat. sebab itulah sesudah sahaja baby ihsan kekenyangan menyusu, bergegas bangun. banyak rencana dalam otak, tiada masa utk dibazirkan. facebook dijengah, kerana bagi saya ia adalah suatu sistem sokongan sosial yang banyak membantu saya berasa dikelilingi kawan2 saya, memberi semangat & nasihat, di samping menguruskan bisnes sedikit..

tapi akhirnya pada jam 11pagi, tertewas juga bila menyusukan Ihsan dan si kecil itu terus-terusan tak mahu melepaskan umminya. itulah fasa pengsan yang pertama.. jam 12 saya terbangun, rasa rugi kerana terlelap tadi, badan terasa lemah. suami kebetulan menelefon, bertanyakan sama ada saya larat mengambil anak2. dengan jujur, saya terpaksa minta suami mengambilalih tugas itu. dan entah bila, saya 'pengsan' buat kali kedua..

jam 1.30 ptg terbangun lagi. rasa bersalah melihat suami dan anak2 sudah balik dan sedang makan nasi yang dibeli oleh suami. terima kasih suamiku sayang, sungguh memahami. saya cuba mencergaskan diri dengan membersihkan diri & bersolat zohor. selesai makan & mengemas serba sedikit, baby Ihsan sekali lagi berbuyi. tanpa diduga, saya 'pengsan' sekali lagi!

'pengsan' kali ini ketiga agak lama, jam 5 lebih baru saya tersedar dan bergegas menunaikan solat Asar. tidak lama kemudian, suami balik bersama anak2. minum petang pun x tersedia. maafkanlah saya.. :(

kepengsanan ini mengingatkan saya bahawa saya tidak semuda dahulu. masa study dulu boleh stay up sehingga jam 5pagi, tidur sejam, bangun jam 6pg terus hingga ke petang. malamnya baru tidur, tapi masih mampu ke sana-sini & bertenaga. tapi sekarang? huhu.. betapalah, diri ini sudah dimamah waktu... (rumah kata pergi, kubur kata mari!)

2 comments:

Nur Azne said...

Cai yok Jan, cai yok.. Doaku sentiasa bersamamu.. Huhu

lil' world. big heart. said...

thanx azne dear..

lately badan x berapa sedap. mungkin penat bersalin blm baik, atau 'masa' dah suntuk.. wallahu a'lam.

harap2nya dapat 'pulang' ke sana dengan kasih sayang & redha Allah....amiin!

Post a Comment